Apakah maksud kapasiti bekas dan isipadu cecair ?
- Isipadu cecair bermaksud jumlah cecair di dalam sesuatu bekas.
- Kapasiti bekas pula bermaksud muatan cecair yang boleh memenuhi bekas tersebut.
Bagaimana mengukur isipadu ?
- Mengenalpasti alat-alat / bahan-bahan yang digunakan sebagai pengukuran bukan piawaian ( non-standard unit ) bagi isipadu cecair.
- Untuk mengukur isipadu cecair dengan tepat, kita perlu menggunakan silinder penyukat.
Konsep Mengenai Kapasiti Apabila Melibatkan Isipadu Cecair.
Bentuk dan saiz sesuatu bekas yang berbeza tidak semestinya mempunyai isi padu yang berbeza, namun ianya kadang kala mempunyai isipadu yang sama.
Pelajar biasanya mudah terkeliru dengan bentuk dan saiz sesuatu bekas. mereka beranggapan bahawa bekas yang lebih tinggi atau besar mempunyai kapasiti yang lebih besar berbanding dari bekas yang rendah atau kecil. Tanggapan ini berlaku disebabkan peringkat umur kanak-kanak dimana mereka masih tidak dapat memahami konsep isipadu cecair .
Peringkat ini biasanya dipanggil peringkat pra-pengukuran ( teori oleh Jean-piaget), memandangkan tidak melibatkan apa-apa nombor. cuma meningkatkan kefahaman tentang sifat dan kosa kata yang berkaitan.






No comments:
Post a Comment