Hasil pembelajaran : Menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit-unit bukan piawai.
Bahan Bantu Mengajar :
- Pelbagai jenis bekas dari segi saiz dan bentuk seperti botol, gelas dan cawan.
- 1 jag air ( lebih menarik jika air tersebut berwarna/ pelbagai warna )
- 3 buah botol ( bikar atau bekas yang sama saiz )
- Kertas berlabel ( A, B, C )
Langkah-langkah :
- Guru menyediakan 3 bekas yang berlainan bentuk dan saiz ( Rajah 2 ).
- Labelkan setiap satunya sebagai A, B dan C ( Rajah 2 )
- Sediakan 3 buah botol yang sama besar dan dilabelkan juga sebagai A, B dan C dan diletakkan di atas dulang ( Rajah 1 )
- Guru meminta murid meneka bekas yang manakah mempunyai cecair yang paling banyak dan paling sedikit.
- Kemudian, guru secara rawak memilih murid untuk mengisi cecair ( menggunakan corong ) ke dalam bekas yang dilabel itu ( Rajah 9 )
- Seterusnya, minta murid tersebut menuangkan cecair tadi :
- bekas A ke botol A
- bekas B ke botol B
- bekas C ke botol C
7. Guru menyoal murid ; Apakah yang kamu dapat lihat paras cecair dalam ketiga-tiga botol ini dan adakah sukatannya sama, lebih banyak atau lebih kurang ? ( Rajah 10 )
8. Guru meminta murid tersebut menyusun bekas-bekas tersebut mengikut turutan dari isipadu cecair yang sedikit kepada banyak. Guru berbincang dengan murid mengenai dapatan aktiviti tersebut bahawa ;
- Bekas A mengandungi lebih banyak air berbanding bekas B dan C
- Bekas C mengandungi lebih banyak air dari bekas B.
- Bekas B mengandungi lebih sikit air berbanding bekas A dan C.
9. Seterusnya, perbandingan dibuat di antara 2 jenis dan bentuk bekas sahaja. Guru akan mengulangi langkah 4 sehingga langkah 8 mengunakan bekas yang pelbagai ( seperti rajah 3 - rajah 8 ).
10. Guru membimbing murid membuat rumusan hasil dari setiap aktiviti.






No comments:
Post a Comment