Bahan Bantu Mengajar :
- Pelbagai jenis bekas dari segi saiz dan bentuk seperti botol, gelas dan cawan.
- 1 baldi air ( lebih menarik dan jelas jika air tersebut diwarnakan )
- Pelbagai jenis bekas yang berbeza bentuk.
- Corong
- Dulang
- Cawan
- Mug
- Lembaran kerja
Langkah-langkah :
- Murid -murid diagihkan kepada kumpulan berempat.
- Guru menyediakan stesen mengikut jumlah kumpulan yang diperolehi dan setiap stesen mempunyai 2 jenis bekas ( berbeza saiz ).
- Setiap kumpulan akan diberikan stesen masing-masing dan setelah selesai di stesen tersebut, ahli kumpulan akan bertukar stesen ( mengikut arah putaran jam ) , dengan bimbingan guru.
- Setiap kumpulan diberikan jadual lembaran kerja.
- Murid dikehendaki mencatatkan berapa bilangan cawan dan mug yang diperlukan bagi mengisi cecair ke dalam bekas tersebut sehingga penuh.
- Tegaskan kepada murid, bekas penyukat ( cawan dan mug ) perlu diisi penuh dan perlu dituang (menggunakan corong) dengan berhati-hati agar tidak tumpah.
- Bincangkan hasil dapatan setiap kumpulan.
- Guru membimbing murid membuat rumusan.
- Bahawa lebih besar bekas tersebut, maka, lebih banyak cecair ( kapasiti ) yang perlu untuk memenuhinya.
- Nyatakan bahawa ; hasil dapatan setiap kumpulan mungkin berbeza sekiranya murid tidak menyukat dengan tepat dan tidak berhati-hati semasa menyukat.






1 comment:
sila berikan pendapat anda. terima kasih.
Post a Comment