Saturday, November 13, 2010

Aktiviti 3 ( Murid Aras Tinggi )

Hasil pembelajaran   :  Menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit-unit bukan piawai.


Bahan Bantu Mengajar   :
  • Pelbagai jenis bekas dari segi saiz dan bentuk seperti botol, gelas dan cawan.
  • 1 baldi air ( lebih menarik dan jelas jika air tersebut diwarnakan )
  • Pelbagai jenis bekas yang berbeza bentuk.
  • Corong
  • Dulang
  • Cawan
  • Mug
  • Lembaran kerja


Langkah-langkah        :
  1. Murid -murid diagihkan kepada kumpulan berempat.
  2. Guru menyediakan stesen mengikut jumlah kumpulan yang diperolehi dan setiap stesen mempunyai  2 jenis bekas ( berbeza saiz ).
  3. Setiap kumpulan akan diberikan stesen masing-masing dan setelah selesai di stesen tersebut, ahli kumpulan akan bertukar stesen ( mengikut arah putaran jam ) , dengan bimbingan guru. 
  4. Setiap kumpulan diberikan jadual lembaran kerja.
  5. Murid dikehendaki  mencatatkan berapa bilangan cawan dan mug yang diperlukan bagi mengisi cecair ke dalam bekas tersebut sehingga penuh.
  6. Tegaskan  kepada murid, bekas penyukat ( cawan dan mug ) perlu diisi penuh dan perlu dituang (menggunakan corong) dengan berhati-hati agar tidak tumpah. 
  7. Bincangkan hasil dapatan setiap kumpulan.
  8. Guru membimbing murid membuat rumusan. 
  • Bahawa lebih besar bekas tersebut, maka, lebih banyak cecair ( kapasiti ) yang perlu untuk memenuhinya.
  • Nyatakan bahawa ; hasil dapatan setiap kumpulan mungkin berbeza sekiranya murid tidak menyukat dengan tepat dan tidak berhati-hati semasa menyukat.

Bahan Bantu Mengajar ( Murid Aras Tinggi )

Baldi ( diisi dengan cecair berwarna )
Dulang

Corong

Cawan

Mug
Gelas
Bekas 1

Bekas 2
Bekas 3




Jag 1


Jag 2
Bekas 4

Bekas 5

Friday, November 12, 2010

Bahan Bantu Mengajar ( Murid Aras Rendah )

Sebaiknya gunakanlah bahan-bahan yang mudah didapati dan terdapat di sekeliling atau di rumah. Ini bertujuan, agar murid-murid tadi boleh mempraktikkan kemahiran yang dipelajari ini ketika berada di rumah secara tidak langsung.


Corong
( cara mudah dan selamat untuk mengisi air ke dalam bekas )
Jag berisi air berwarna
( Gunakan cecair yang pelbagai warna )


Dulang  
( Sebagai alas jika air tertumpah )


Rajah 1
( Botol yang sama bentuk dan saiz )




 


Rajah 2
( Bahan bantu mengajar untukdibuat perbandingan )

Rajah 3
( Bahan bantu mengajar untuk dibuat perbandingan )

Rajah 4
( Bahan bantu mengajar untuk dibuat perbandingan )

Rajah 5
( Bahan bantu mengajar untuk dibuat perbandingan )
Rajah 6
( Bahan bantu mengajar untukdibuat perbandingan )
Rajah 7
( Bahan bantu mengajar untuk dibuat perbandingan )
Rajah 8
( Bahan bantu mengajar untuk dibuat perbandingan )


Rajah 9
Rajah 10
Rajah 11
( murid menyusun mengikut turutan )












Aktiviti 2 ( Murid Aras rendah )

Hasil pembelajaran         :  Menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit-unit bukan piawai.
Bahan Bantu Mengajar   :
  • Pelbagai jenis bekas dari segi saiz dan bentuk seperti botol, gelas dan cawan.
  • 1 jag air ( lebih menarik jika air tersebut berwarna/ pelbagai warna )
  • 3 buah botol ( bikar atau bekas yang sama saiz )
  • Kertas berlabel ( A, B, C )
Langkah-langkah        :
  1. Guru menyediakan 3 bekas yang berlainan bentuk dan saiz ( Rajah 2 ).
  2. Labelkan setiap satunya sebagai A, B dan C ( Rajah 2 )
  3. Sediakan 3 buah botol yang sama besar dan dilabelkan juga sebagai A, B dan C dan diletakkan di atas dulang ( Rajah 1 )
  4. Guru meminta murid meneka bekas yang manakah mempunyai cecair yang paling banyak dan paling sedikit.
  5. Kemudian, guru secara rawak memilih murid untuk mengisi cecair ( menggunakan corong )  ke dalam bekas yang dilabel itu ( Rajah 9 )
  6. Seterusnya, minta murid tersebut menuangkan cecair tadi  :       
  •  bekas A ke botol A
  •  bekas B ke botol B   
  •  bekas C ke botol C
      7.   Guru menyoal murid ; Apakah yang kamu dapat lihat paras cecair dalam ketiga-tiga botol ini dan    adakah sukatannya sama, lebih banyak atau lebih kurang ? ( Rajah 10 )
      8.   Guru meminta murid tersebut menyusun bekas-bekas tersebut mengikut turutan dari isipadu cecair yang sedikit kepada banyak. Guru berbincang dengan murid mengenai dapatan aktiviti tersebut bahawa ;
  • Bekas A mengandungi lebih banyak air berbanding bekas B dan C
  • Bekas C mengandungi lebih banyak air dari bekas B.
  • Bekas B mengandungi lebih sikit air berbanding bekas A dan C.
     9.   Seterusnya, perbandingan dibuat di antara 2 jenis dan bentuk bekas sahaja. Guru akan mengulangi langkah 4 sehingga langkah 8 mengunakan bekas yang pelbagai ( seperti   rajah 3 - rajah 8 ).
    10.  Guru membimbing murid membuat rumusan hasil dari setiap aktiviti.

    Thursday, November 11, 2010

    Aktiviti 1 : Memperkenalkan Konsep Isipadu Menggunakan Perkataan


    Hasil Pembelajaran        :  Membuat perbandingan persepsi terhadap kapasiti

    Bahan Bantu Mengajar  :
    • 3 gelas minuman yang sama saiz
    • 3 botol minuman yang sama saiz
    • 3 botol kaca yang sama saiz 
    • cecair berwarna ( agar paras air nampak lebih jelas )
                                           
    Langkah-langkah           :
    1.   Sediakan 3 botol yang kosong ( rajah 1 )
    2.   Guru meminta murid menyatakan persamaan yang boleh dilihat pada botol minuman tersebut. ( murid : sama bentuk dan saiz )
    3.   Bersoaljawab dengan murid ;                                                       a) Berapakah bilangan botol minuman yang terdapat di sini?      b) Adakah isipadu cecair yang terdapat dalam botol minuman adalah sama?                                                           
    4.  Guru kemudiannya, menuangkan cecair berwarna ke dalam 2 botol tersebut ( A dan B ) seperti dalam rajah 2.          
    5. Perkenalkan kosa kata 'PENUH, SEPARUH PENUH dan KOSONG' dan paparkan perkataan tersebut di papan tulis bersama rajah.
    6. Seterusnya, guru memilih murid secara rawak untuk tampil ke depan bagi mengisi air di dalam bekas lain ( rajah 3 ) yang disediakanmengikut kosa kata tadi.
    7. Kemudian, minta murid tersebut menyusun bekas-bekas itu mengikut turutan dari kosong ke penuh.

      Bahan Bantu Mengajar ( Perkenalkan Konsep )

      Rajah 1

      Rajah 2


      Rajah 3


      Rajah 3

      Monday, November 1, 2010

      Menyukat isipadu cecair

                   
                           Video ini menunjukkan kepada  kita bagaimana hendak menyukat isipadu cecair menggunakan  unit piawai cecair dengan silinder penyukat. Video ini  juga sesuai digunakan sebagai salah satu bahan bantu mengajar semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi meransang dan menarik minat murid, seterusnya mengetahui bagaimana hendak mengukur dan membaca isipadu cecair dengan betul kelak. 


       

                                 Video  ini juga boleh digunakan sewaktu pengajaran dan pembelajaran bagi meransang minat murid kerana terdapat unsur animasi, nyanyian dan mzik yang menarik untuk ditontoni dan dihayati oleh murid.

      Monday, October 25, 2010

      Pengenalan isipadu cecair


      Apakah maksud kapasiti bekas dan isipadu cecair ? 
      • Isipadu cecair bermaksud jumlah cecair di dalam sesuatu bekas.  
      • Kapasiti bekas pula bermaksud muatan cecair yang boleh memenuhi bekas tersebut.

      Bagaimana mengukur isipadu ?
      • Mengenalpasti alat-alat / bahan-bahan yang digunakan sebagai pengukuran bukan piawaian   ( non-standard unit ) bagi isipadu cecair. 
      • Untuk mengukur isipadu cecair dengan tepat, kita perlu menggunakan silinder penyukat. 




       Konsep Mengenai Kapasiti Apabila Melibatkan Isipadu Cecair.

      Bentuk dan saiz sesuatu bekas yang berbeza tidak semestinya mempunyai isi padu yang berbeza, namun ianya kadang kala mempunyai isipadu yang sama.

      Pelajar biasanya mudah terkeliru dengan bentuk dan saiz sesuatu bekas. mereka beranggapan bahawa bekas yang lebih tinggi atau besar mempunyai kapasiti yang lebih besar berbanding dari bekas yang rendah atau kecil. Tanggapan ini berlaku disebabkan peringkat umur kanak-kanak dimana mereka masih tidak dapat memahami konsep isipadu cecair . 

      Peringkat ini biasanya dipanggil peringkat pra-pengukuran ( teori oleh Jean-piaget), memandangkan tidak melibatkan apa-apa nombor. cuma meningkatkan kefahaman tentang sifat dan kosa kata yang berkaitan.


      Tuesday, October 19, 2010

      Video : Salah Konsep Mengenai Isipadu Cecair



       Ethans - 5 Tahun


      Video ini menunjukkan bagaimana kanak-kanak telah salah konsep ( misconception ) dalam mengukur atau menetapkan isipadu cecair.

      Justeru itu, disebabkan faktor inilah, kita sebagai warga pendidik mahu pun ibu bapa perlu menekankan atau menjelaskan kepada anak-anak mengenai sukatan isipadu cecair secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan seharian mereka dengan menggunakan alatan / bahan yang terdapat di sekitar kita. 

       
      David - 4 tahun   


      Teori Jean-Piaget